Selasa, 24 Mac 2009

Al-Fatihah ditakuti musuh dan menambah rezeki

Fadhilat dan khasiat Surah Al-Fatihah amat banyak, kerana ia disebut "ummul Kitab"(induk Kitab) dan "Ummul Quran"(Induk Al-Quran). Ia juga menjadi bacaan wajib setiap memulakan solat sama ada solat fardhu mahupun solat sunat. Di antara kebesaran dan khasiat Surah Al-Fatihah adalah sebagai berikut:

A. Dikasihi oleh Makhluk dan ditakuti oleh Musuh
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.

B. Menambah rezeki
Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya dilapangkan oleh Allah s.w.t dan bertambah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

oleh : cariIlmu
sumber : Fadhilat amalan membaca surah-surah pilihan
Penyusun : Alias Muhammad Umar